Kanselor Austria
Kanselor Austria

Kanselor Austria

Kanselor Persekutuan Republik Austria (Bahasa Jerman: Bundeskanzler der Republik Österreich, kadang-kala disingkatkan sebagai Kanzler) ialah ketua pemerintah bagi Republik Austria. Jawatan ini dalam wewenangnya sebagai pengerusi Pemerintah Persekutuan Austria mewakili pihak berkuasa persekutuan yang tertinggi bagi cabang eksekutif. Walaupun secara rasminya sebagai ahli yang setara di dalam kabinet, jawatan ini dianggap sebagai kedudukan paling berkuasa dalam siasah Austria, dan oleh itu adalah dianggap ketua eksekutif de facto negara. Penjawat terkini ialah Sebastian Kurz, yang telah mengangkat sumpah dan dilantik jawatan itu pada 18 Disember 2017.[1]

Berkaitan